Thursday 19 July 2012

KERATAN BATANG



Menggunakan bahagian tumbuhan seperti batang, ranting dan dahan tanaman. Ia cepat dikerjakan dan dan cepat menghasilkan anak pokok. Terdapat 3 jenis keratan :-

http://matcuoi.com


Jenis keratan batang

i.     Keratan Kayu Lembut


Keratan ini diambil daripada bahagian ranting termuda sekali atau masih hijau. Keratan ini dibuat sepanjang 10-15cm beserta dengan 2-3 helai daun. Peratus kejayaan keratan kayu lembut adalah rendah jika dibandingkan dengan peratus kejayaan yang menggunakan bahagian lain. Keratan kayu lembut mudah kering, oleh itu kelembapan persekitaran perlulah diawasi apabila menggunakan kaedah ini. Penggunaan renjisan kabus adalah digalakkan supaya keratan lebih cepat mengeluarkan akar.
contoh : Altenanthera sp., Portulaca sp. dan Coleus sp.

Althenanthera sp.

Portulaca sp.

Coleus sp.


ii.    Keratan Kayu Sederhana Lembut

Keratan ini diambil daripada bahagian dahan atau ranting yang baru matang. Keratan ini biasanya menghasilkan keratan yang mempunyai akar yang baik. Panjang keratan adalah 10-20 cm. Keratan mestilah mempunyai beberapa helai daun.
contoh : Hibiscus sp., Duranta sp. dan Ixora sp.

Hibiscus sp.

Duranta sp.

Ixora sp. 

iii.  Keratan Kayu Keras

Cara ini dilakukan untuk pembiakan beberapa jenis tumbuhan yang mempunyai keratan yang mudah mengeuarkan akar. Keratan diambil daripada dahan dan batang yang telah matang. Keratan biasanya dibuat sepanjang 30cm-2m atau lebih dan semua daun hendaklah dibuang. Keratan kayu keras boleh disemai terus di dalam beg politena
contoh : Pterocarpus indicus (Angsana/sena), Tecomaria capensis dan Baphia nitida


Ptecocarpus indicus

Tecomaria capensis

bougainvillea



ALATAN KERJA & BAHAN-BAHAN


http://matcuoi.com
Alatan


1.      Serampang
- digunakan untuk menggembur tanah
2.      Sudip tangan
- digunakan untuk menyodok dan mengaul medium/tanah


3.      Penapis
- untuk menapis bahan-bahan yang tidak diperlukan dan menghaluskan medium


4.      Penyiram
- digunakan untuk menyiram tanaman


5.      Sketuar
- digunakan untuk mecantan ranting dan dahan kecil 

Bahan

  1. Tapak semaian
  2. Beg poli hitam
  1. Pasu
  1. Hormon pengakaran 

Wednesday 18 July 2012

PENYEDIAN MEDIUM

http://matcuoi.com
  1. Nisbah Campuran
    • Medium semaian menggunakan nisbah campuran yang diperkenalkan oleh John Innes
    • bahan yang digunakan ialah tanah loam, bahan organik dan pasir sungai
    • Bahan organik adalah najis haiwan seperti lembu, ayam dan kambing
    • Bahan organik atau kompos amat baik digunakan kerana ia dapat
      • mengekalkan kelembapan medium
      • membaiki struktur tanah dan saliran
      • mengurangkan kepadatan tanah
      • lebih mesra alam dan bebas kesan bahan kimia
    • Nisbah medium semaian ialah 2:1:1 iaitu 2 tanah loam, 1 bahan organik atau kompos dan 1 pasir sungai
    • Nisbah medium tanaman ialah 3:2:1 (atau 7:3:2) iaitu 3 tanah loam, 2 bahan organik atau kompos dan 1 pasir sungai
    • Semua bahan hendaklan ditapis dan digaul sehingga rata
    • Kompos 
      Kompos ialah bahan organik yang telah cukup reput 
        
    Bahan campuran medium adalah terdiri daripada i.Tanah loam  ii. Bahan organik  iii.Pasir sungai


    LANGKAH-LANGKAH MEMBUAT KERATAN BATANG

    http://matcuoi.com
               1.  Pilih batang yang sesuia dan berkeadaan baik


      1. Kerat dengan menggunakan sketuar

      1. Buang daun-daun yang tidak diperlukan    

      1. Kerat batang kepada beberapa bahagian 
      1. Celupkan hujung keratan ke dalam hormon pengakaran

      1. Cucuk ke dalam medium di tapak semaian atau beg poli hitam


      1. Siram dan letakkan ditempat yang teduh